Monday, December 21, 2009

no putus asa!!!!

Jalan itu begitu sempit dan penuh dengan rintangannya,
Peluh yang menitis terus membasahi seluruh tubuh,
Kaki masih lagi mahu melangkah Walau gerakannya tidak sepantas mana,
Jalan semakin berliku,
Hendak digagahkan,
Terasa kepayahan,
Hendak dipatahkan sahaja semangat yang ada,
Seakan tergambar kerugian..

Sunday, December 6, 2009

Entah bila aku akan mati dan aku xnk mati aku adalah sia-sia. Biarlah aku tinggalkan dunia dengan meninggalkan suatu legasi yang dapat ubah dunia. Biarlah apa orang kata, ‘I don’t care’. aku percaya aku boleh dan Allah akan sentiasa membantu aku. Kenapa perlu aku takut???

Tuesday, December 1, 2009

PUTUS ASA - JADIKAN MUSUH UTAMA!!!!!!!!

tiap kali kita gagal...ketabahan & penerimaan masih xde.. sume tu akan disusuli dengan kekecewaan. Sedangkan ni adalah perkara normal dalam kehidupan. Setiap kali gagal tu dtg, sgt sukar untuk kita trima. Ada je persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh....

Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Namun, wajar ke kita brputus asa bila kita berhadPn dgn kegagalan??? Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan. Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.

Pernah x anda berdepn dgn kegagalan? Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran. Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian. Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dgn mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang. Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan. Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa. Kesilapan sering terjadi di situ. Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar. Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.

Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu. Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.

Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus. Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita!!!!!!..insyaAllah dgn pertolongan Allah...& usaha kita sndiri!!..ayuh teman!!!!