Wednesday, June 27, 2012

"...Lebih baik pujuk hati ibu kalau ada buat salah daripada pujuk hati awek yang gedik nak dipujuk..."

"semua orang berhak berkongsikan kebaikkan dlm fb sekalipun dia baru nak merangkak dijalan membaiki diri..usah pedulikan kata orang, kalau ada hadith atau kata2 nasihat atau artikel2 yg berfaedah, post sahaja..malaikat akan mecatat pahala anda.."

#UstAzharIdrus#

Friday, June 22, 2012

tinggal xsampai sebulan je lagi dah nak puasa...
berharap sgt aku akan betol2 berubah puasa kali ini...pasti!
selalunya...sblum sampai masa..mcm2 harapan..but..bila masa tu sampai..semua yg diharap tu xpernah terjadi..serius!!
Iman ni masih xkuat lagi...byk sgt godaannnn...=__=

So..kali ni aku nak sgt2 berubah..sgt2..takut ni betol2 kali terakhir aku..kuatkan diri..insyaAllah...

"Ya Allah..sampaikan kami di bulan Ramadhan & kuatkan iman kami ini"

Sunday, June 17, 2012

~~BAHAGIA~~
~~BAHAGIA~~
~~BAHAGIA~~
~~BAHAGIA~~
~~BAHAGIA~~

^____^

Wednesday, May 30, 2012

Saya sayang sgt family sy...Alhamdulillah...Allah bg family yg sempurna buat diri ini...Thank You Allah ^__^

Gelagat bdk2 kecik ni yg mcm2..wpun pnt melayan..tp..hepi


my siblings...kalau dlu sblm sume kawen lg best..dpt gak tido same..even dlu2 slalu je gadoh..adatlah..adikberadik gaduh..tp..tu la yg mematangkan kita...wpun..skrg still rsa diri ni xmatang lg..=__= rindu zaman dlu2..mase sume masih single mingle T__T


ini la semua kesayangan saya..syg sgt2..penyejuk mata..penceria hati..pe..hmmm..penenang perasaan..blablabla...dh 4 dh ank sedara...cpt sgt mse berlalu...


And...my love...forever n ever..always in my heart..thaNx to my parents.."anak ni ujian Allah bg utk parents" mak ckp..betul..bkn sng nak jaga anak2..tambah2 bila sume dh nk membesar...byk sgt ragam..perangai yg ntah pape..termasuk org yg sdg menulis ni...byk sgt perangai buruk dia..kesian mak kena layan..sgt sabar mak layan perangai anak2..tambh2 anak2 pulak perempuan semua...hah..bkn sng tu...thanx mak abh for everything.. I LOVE U!!


Saya Sayang Anda Semua...nk ckp face to face malu..so..coretkan luahan hati di sini..semoga anda2 semua membaca..tp..agak mustahil utk family aku baca...hahah...
ape2 lah..sy xkesahhh T___T



 <3 Thank You Allah  <3

NAK KAHWIN SEBAB JATUH CINTA?

 ikhwan-akhir-zaman:

 “Man, aku dapat rasakan yang aku jatuh cinta la.”

 “Haa? Kau ni biar betul Amri?”

 “Betul, aku serius ni. Aku rasa nak meminang esok hari jugak.”

 “Good2. Tapi sebelum tu, aku tanya dulu boleh?”

 “Em, apa dia?”

 “Kau dah solat?”

 “Belum. Kejap lagi aku nak solat la ni.”

 “Ohh, okey okey. Berbalik pada topik kita tadi…”

 “Iye…?”

 “JANGAN HARAP KAU NAK KAWIN, KALAU SOLAT AWAL WAKTU PUN TAK DAPAT BUAT!”

 “Erk?! Apsal pulak?”

 “Bro, itu namanya kesedaran tentang tanggungjawab. Kalau kau solat awal waktu, ikut solat berjemaah, maksudnya kau sedar tanggungjawab kau. Tapi kalau benda simple tu pun kau fail, better lupakan dulu impian kau tu. Tak guna layan perasaan cinta, kalau kau tak dapat layan panggilan cinta dari Allah (azan) dengan terus ke masjid.”

 “Urmmmm, ye laaa… T____T”
Berkahwin bukanlah ubat kuat untuk mengelak maksiat kemaluan seperti zina, ia hanyalah satu bentuk penyempurnaan tuntutan fitrah. NAMUN apabila fitrah sudah dicemari oleh NAFSU, kahwin TIDAK mampu mencegah maksiat, hatta berkahwin empat sekalipun. Yang mampu mencegah zina adalah IMAN DI HATI dan FIKIRAN. Jika itu dicapai, tanpa berkahwin, seseorang itu MAMPU jauhi maksiat. Puasa mampu mencegah maksiat bukan kerana tidak makan minum, NAMUN kerana keimanan seseorang itu bertambah, lalu kuatlah taqwa & fikiran akhiratnya. ~~--Zaharuddin.net~~
Sehalus-halusnya musibah adalah ketika kedekatan kita dengan Allah perlahan-lahan tercabut. Dan itu biasanya ditandai dengan menurunnya kualitas ibadah. ~~sidratulmuntaha~~

Wednesday, February 22, 2012

Carilah untuk dirimu seorang IMAM..bukan semata-mata seorang jejaka...jadilah diri anda sebaik2 makmum untuknya..

Tuesday, February 21, 2012

kenape mood aku ni selalu nak berubah2 eh...
aku penat laa...mmg sush kan nak lupe bnde2 yg lepas..T__T

"You build on failure..You use it as a stepping stone...Close the door on the past..You don't try to forget the mistakes..but you don't dwell on it..You don't let it have any of your energy..or any of your time..or any of your space.."

~~Johnny Cash~~

Friday, February 17, 2012

Aku, Lim dan Islam
by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.".

..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang", ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu.

Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...".
"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?".
"Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?".
"Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?".
"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?".

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.".

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal.. Sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.".

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..

ini hanya copy paste dari blog http://farahinlee.blogspot.com/ :D

Friday, February 3, 2012

Be with sumone who is proud of you!
someone who..1st n foremost..take pride in being with u & wouldn't dream of keeping on the down low..someone who acknowledge ur accomplishments n ur strengths but is also there to help u when ur weaknesses get the best of u..someone who is proud when u succeed n supports u fully..but is also there to pick u up when u fall down..someone who feels blessed n lucky to have u n appreciate u n ur efforts no matter how little or big they may be..someone who knows that nobody could bcoz they've already found someone who embodies all that they've ever wanted..do u know how satisfying it is to have somebody who actually realizes just how good they have it when they have u?? ~~anonymous~~

^___^

Thursday, January 19, 2012

“Kau pohonlah padaNYA andai hatiku yang kau pohon.” Jika mahukan seseorang sangat-sangat, mohonlah sangat-sangat pada Allah. Bukan merayu-rayu pada empunya diri. Bila empunya diri menolak, siapa yang kecewa? Namun jika pohon direct pada Allah, Allah akan bagi dua kemungkinan. Mungkin dapat dia, atau mungkin dapat yang lebih baik darinya. ♥

"Hati kita Allah yang punya, penuhinya dengan apa yang Dia redhai. Jangan biarkan cinta dunia melingkari, hingga tiada iman dan takwa yang tersisa :)"
Ikut kata hati ataupun ikut pilihan ALLAH??

THE ANSWER IS..ISTIKHARAH..=)

Sunday, January 15, 2012

T___T ---> ^___^

seronok tgk kawan2 semua dh hbs belajar..seronok tgk semua dh keje..walaupun tu sume impian ak 4 tahun yg lepas..tp..semuanya dah terkubur mati kat tgh jalan...betol kan...kita hanya mampu merancang..tp..Allah jugalah yg tentukan semuanya..rancanglah apa sekali pun..tp..Allah lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambanya..sebab Allah yg jadikan kita..so..Allah lebih tahu semuanya tentang kita...T__T

sebab tu org ckp..jgn terlalu berharap dgn benda yg kita xpasti..sebab ia akan melukakn hati kita jika apa yg diharapkan itu xkesampaian..itu yg aku rase sekarang...T__T..bila ingat balik..msti sedih..byk sgt pengalamn aku dulu..suka + duka...kalau boleh mmg xnk ingt..tp..kdg2 bila lonely.. bila xde smgt..all the kenangan tuh..comes to my mind...huhu..ini buat aku sedih!

Tp..xpela..aku redha..rezeki aku xsama dgn mereka..mcm apa yg kawan aku ckp.."apa yg terbaik utk kawan kita..xsemestinya terbaik utk kita jgk"..kan..so..put Trust on Allah..He knows the best for me!! I Love yOU aLLAH..THANX FOR EVERYTHING!! dont forget to say Alhamdulillah in everything happen in our life...=)

Thursday, January 12, 2012

susah sebenarnya untuk buat keputusan untk future kita..bkn mcm makan kacang..
dan bukan sng utk kita puaskan hati semua org...mesti akan ada hati2 yg akan kecewa dgn keputusan yg kita akn buat..terutamannya pasal jodoh...yes..jodoh..soal jodoh ni xkan hbs smpaila dh kawen..T___T

susah..sgt susah utk buat keputusan..sbb...nk jga hati org tu..sbb tu ak susah nk buat keputusan..byk sgt benda nk consider n byk sgt hati nk dijaga...the thing i hate the most when i have to decide sumthing!..sgt..sgt..xsuke...=___=..membuatkan ak dlm dilema..sigh...

Monday, January 2, 2012

sekarang dh 2012...azam2 thn lepas xtercapai pun lg..azam thn lepas 2011 :

1) nak kawen..hmm..xtercapai lg..haha
2) nak keje..hmmm..T__T...lg la xtercapai..

Thn 2012..nak smbung azam thn lepas...
1) ehem ehem..ape lg..mstla nk kawen..haha..oleh itu..en suami..silalah msuk meminang dgn cpt yek!
2) nak keje?..hmm..mungkin xdpt lg thn 2012 ni..mntak maaf mak..T__T
3) nk tekadkn hati..nk bace Quran..at least 1 muka surat sehari...WAJIB!! yg ni mesti buat..thn lepas xmenjadi pun..kat hostel rajin la bce..tp..bile blik rumh..hmm..hampeh!

semoga hajat tercapai utk thn ni..tambah2 azam yg NO 1..tuh..ehem ehem..lagi cpt..lg berkat..xgitu en suami..^__^..ok bye!!