Thursday, September 16, 2010

sabar!!

Pesan sahabat kpd sahabat:


Kita tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatkan kita kdg2 cemburu, dan membuatkan kita selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki??

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga.


Kdg2..mungkin kita akan terfikir yang kita tidak sehebat wanita yg lain.Kita tidak secantik mereka yg akan diminati oleh ramai lelaki.Kerana, kita menganggap kebanyakan lelaki hanya memandang wanita pada kecantikannya sahaja.Jadi, kita yang tidak secantik wanita lain ini tidak akan dipandang dan kdg2 akan membuatkan kita rasa rendah diri sehingga kdg2 kita menyalahkan takdir.

Tetapi, ingatlah!!!

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

No comments:

Post a Comment